welcome

Wednesday, May 18, 2011

..HapPy BeSdaY 2 mE..
walaupun dh terlewat 5 hri
hehehe
ish,, sedar tak sedar dah 20 tahun aku hidup kat dunia ni..
apa amal yang dah aku buat..??
cukup ke untuk aku bawa sebagai bekal ke alam lain..??
aku teringat kata-kata seorang sahabat aku
dia kata
" dunia ni tempat kita singgah untuk buat amalan sebagai bekal kita nak bawa ke alam lain,,
dunia juga jambatan bagi kita untuk tentukan arah mana yang akan kita pergi"
lebih kurang macam tu la..
aku respect sangat kat dia,, sebab ilmu dia sangat tinggi jika dibandingkan dengan aku..
semoga kat dunia ni kita dapat sama-sama membuat amal yang banyak untuk kita bawa ke alam lain..
ni ada cerita lain pulak..
pagi semalam,, sewaktu aku duk bergolek-golek di pembaringan selepas solat subuh,,
aku dapat 1 mesej..aku pon buka la mesej 2..
"ayah"
aku bercakap sendiri
mesej tu berbunyi..
"salam kak.. apa khabar? lama tak dengar berita.."
tiba-tiba hati aku jadi sayu..
seorang ayah hantar mesej kat anak dia sebab anak dia dah lama tak hantar berita..
aku rasa sangat-sangat bersalah..
selama ni,, aku sibuk duk mesej-mesej member-member aku..
aku sibuk duk tanya,, kenapa member-member aku tak mesej aku..
tapi aku tertinggal nak mesej atau hubungi orang yang paling penting dalam hidup aku..
sebenarnya,, tak de la lama sangat..
masa besday aku (14/5),, ma aku dah call aku n aku dah bercakap dgn ayah..
tapi,, itulah seorang ayah yang sentiasa rindukan anak-anak dia..
iye la,, dh bertahun-tahun hidup dan membesar kat depan mata dia,, tiba-tiba
tak de kat depan mata dia,, tak kira la sebab pergi belajar ke,, kahwin ke apa2 je la..
sebab tu la walau kita sibuk macam mana pon,,
jangan pernah kita abaikan perasaan ibu bapa kita..
jangan pernah kita harap agar dia faham dengan kesibukan kita...
jangan biarkan dia tertanya-tanya keadaan kita..
dalam hidup ni tiada yang lebih berharga selain ibu bapa..
tiada yang lebih penting selain membahagiakan mereka..

p/s :- aku punya hati,, tapi aku tak punya kunci..
aku punya kasih,, tapi aku xnk rasa disisih..
aku punya cinta,, tapi ia milik yang Maha Pencipta..
aku punya rindu,, tapi ia milik rasul ku..
aku punya sayang,, ia adalah fitrah setiap insan..
aku punya kasih, sayang, rindu dan cinta,, ia milik sepenuhnya buat ibu bapa..


No comments:

Post a Comment