welcome

Sunday, April 17, 2011

.: dalam hati ada taman:.

wah3..tajuk entry kali ni xbleh blah..hehehe..
biasa...berbalik kepada tajuk 2..ni aku nk gtau ni..itu hari,, aku ada baca solusi..n aku tertarik dengan satu part kartun..ayat kartun dia lebih kurang mcm ni la..
" dalam hidup ni,, kita kena ingat dua perkara dan lupakan dua perkara "
yg pertama :- ingat kebaikan orang pada kita,, dan lupakan kejahatan org pada kita
yg kedua :- ingat kejahatan kita pada org,, dan lupakan kebaikan kita pada org
maknanya semua yang baik2 yg kita buat pada org lain kita kena lupakan,, tapi kita kena ingat semua kebaikan orang pada kita...
kita juga kena ingat kejahatan kita pada orang tapi kita kena lupakan kejahatan orang pada kita..
tapi kadang kita tak macam 2,, AKU la terutamanya...
bila ada orang sakitkan hati aku atau buat aku kecil hati,, aku akan ingat sampai bila2..
tapi,, kalau sekali dua maybe aku boleh lupakan je,, tp kalau dah sampai empat lima enam kali,, nak ke aku lupakan macam 2 je..
sebut soal hati ni bukan perkara yang luar biasa..
tapai ia boleh jadi luar biasa..
ala pepatah pon ada kata
"ikut rasa binasa,, ikut hati mati"
itulah penangan sekeping hati ni..
kata-kata mutiara pon ada kata
" dalam diri kita ada seketul daging,, kalau elok daging 2,, maka eloklah peribadinya..kalau rosak seketul daging 2,, maka rosaklah semuanya..itulah yang dipanggil HATI"
entry sebelum ni pon aku ada cakap yang hati ni kalau terluka,, mungkin ia boleh sembuh..tapi parutnya tetap ada..
yep..!! itulah yang aku rasa bila aku terluka..
aku boleh maafkan tapi aku xboleh lupakan..
sebab maaf bukan bermaksud melupakan..
dan aku takkan jadi seperti sebelumnya...
jangan pelik kalau tiba2 aku jadi seorang yang xberperasaan..
aku takkan melukakan,, tp korang sendiri yang akan rasa terluka @ bersalah..
oleh itu,,fikir2lah dulu seblum membuat apa2 tindakan...
apepon,, jadilah seperti dalam hati ada taman...walau betapa sakitnya hati itu,, cubalah rawatnya..sentiasalah tersenyum,, dan sentiasa buat kebajikan agar hati itu tenang.. yang paling penting sentiasa ingat ILLAHI,, tiada yang lain yang mampu membuatkan hati tenang selain mengingati Dia RABBUL IZZATI...
penawar hati yang paling berkesan ialah ZIKRULLAH..

p/s : apapun yang terjadi,, berjalanlah tanpa henti..nanti kita pon tahu betapa bijaknya hidup..sepahit apa pun mimpi,, pelajaran yang bererti..

Monday, March 28, 2011

.:kenanganku bersamamu:.

kerinduan yang tak terbendung..
ceh3...
baru 2 hari sampai sini dah rindu2..saje je 2..
so, aku dah mula menyibukkan diri aku supaya kerinduan 2 dapat dibendung..
saje nak kongsi kegirangan aku masa balik bercuti ( 12/2/11-26/3/11)..
lama 2..!! xde la lama sgt pon,, 2 minggu je..1mggu cuti,, 1 minggu g skolah..
best wa cakap lu g skolah...
zaman2 dolu2 xsuka g skolah,, zaman skarg sronok plak g skolah..
zaman2 dolu2,, kita g blajar,, zaman skarang g blajar n mengajar..2 best 2..
(*_^)V
juz nak story mory sikit...
balik kampung itu hari aku n siblings aku telah menuju ke pantai untuk mencari binatang bernama remis..
remis ialah sejenis hidupan laut yang hidup di dalam pasir di pantai dan boleh dimakan..
rasanya sangat sedap..
yum..yum..yummy..
walaupun masa 2 sedikit hujan,, kami bertekad untuk pergi jugak sebab nak ceri remis 2..
masa 2 ombak punya la besar sebab masa 2 baru lepas tsunami kat jepun 2..
( ada kaitan ke..?? ntah..)
kat bawah ni ada beberapa keping gambo yang membuktikan keseronokan kami..

* ni la rupanya remis 2...yang belum dimasak..* abang aku yang kat depan ni la yang bersemangat waja, wira n saga mencari remis2 itu menggunakan cakar khas..
tak sempat plak aku nk snap gambar pencakar 2..next time erk..!!
abang aku yang belakang 2 berjiwa seni..dia telah sebuah istana palsu untuk di diami oleh dyesebel (nama watak ikan duyung dlm cerita filipina)..

* ni lah dia istana palsu yang telah abang aku bina dengan kudratnya sendiri...sape2 nak sewa boleh..dengan bayaran Rm 3.50 1 hari 1 malam..kat belakang 2 adik aku yang tgh posing maut..tak nampak pon,, padan muka ko..hua3..
ada lagi satu kejutan..aku jumpa ikan duyung yang tersesat..kesian dia..
tak percaya..!! meh sini aku tunjuk buktinya...* kan betul aku cakap...ni la ikan duyungnya..hehehe
k la...sekian sahaja report dari saya..masih bnyak lagi kudrat jari ini diperlukan untuk mengetuk segala huruf yang ada kat keyboard ni..
heh..heh..heh..

p/s : hidup ini penuh suka duka
hati menikam jiwa terluka
diumpat dikeji tiap ketika
namun ku tak bersedih hati atas perbuatan mereka..

yieehhaaaaa..
waccchhhhhaaaaa..!!!
saranghae......


Saturday, March 26, 2011

..sob,, sob,, sob...

wazzup..!!
setelah lebih kurang dua minggu aku kat rumah,, mlm ni tpat jam 9.30 malam aku akan menaiki kenderaan awam yang panjang a.k.a bas utk kembali ke medan perjuangan aku iaitu IPIS terchenta....perasaan mula kelam-kelibut..jiwa mula gundah-bergelana..memang macam ni la tiap kali balik dari cuti..huargh..!! dah tak menentu dah rasa ni...aku rasa macam kepala kat bawah,, kaki kat atas...dah tak mampu nk berfikir ngan waras ag...ngeh..!! hiperbola je 2...hehehehe..
sebenarnya rasa sedih,, tapi tak nak nangis..sebenarnya rasa macam nak nangis,, tapi xde airmata...uish..!! ape aku nak buat utk tenangkan gundah hati ni..asyik jadi mcm ni je..dah 1 1/2 tahun dah,, tapi masih mcm ni lagi..ad 3 tahun lg babe,, xkn masih nk jadi macam ni...
aiyaa.....!!! ish..!! nak tenang..nak tenang..(~_~)
sah2 kena sedia tisu ni,, konpom2 aku naik bas nnti akan banjir...huargh..!!
aku yakin n percaya setiap orang akan rasa mcm ni kan,, bukan aku sorang..so,, korang faham la perasaan aku kan.. kecuali mereka yang belajar kat depan rumah,, sah2 la tak rasa ape2..aku ni belajar jauh beribu batu,, memakan masa 8-9 jam perjalanan...aish..!! nasib la aku xdapat tawaran study kat oversea,, kalau tak sah2 la berkotak-kotak aku beli tisu nanti...(-_-")
jiwa kacau betul la..
kalau orang cakap,, hujan di negeri orang,, hujan batu di negeri sendiri.. tapi aku tetap pilih hujan batu...
masih ad 2 jam setengah lagi...huhuhu...
k la..aku nak menghitung detik jap..habiskan saat terakhir aku kat rumah ni...saat terakhir sebelum cuti akan datang la..bukan terakhir tuk selamanya..kan macam pelik pulak bunyinya..
k la..wacchhaa....!!!
tik..tok...tik...tok...

Thursday, March 10, 2011

sayang menyayangi cinta mencintai kasih mengasihi luka melukai sakit menyakiti

antara perasaan yang sering kita alami.. Maha Kaya Pencipta yang menciptakan satu HATI tapi pelbagai perasaan samada positif atau negatif.. itulah HATI.. yang diibaratkan seperti sekeping KACA... ada yang CANTIK ada yang KURANG CANTIK... perlu dijaga dengan berhati-hati kerana ianya mudah pecah.. apabila jatuh ke lantai ia akan pecah berderai,, tapi mungkin bisa dicantum kembali dengan menggunakan kudrat yang luar biasa.. namun... kesan pecah dan retaknya tetap kelihatan... begitulah HATI.. yang mana ada yang BAIK dan ada yang KURANG BAIK.. HATI SENDIRI dan HATI ORANG LAIN perlu dijaga dengan BAIK.. sekali ianya TERLUKA,, mungkin bisa SEMBUH.. namun... PARUTnya tetap ada... sukarnya untuk mengubati apabila HATI yang terluka.. kerana kesannya tidak dapat dihapuskan...

hmm... itulah yang dapat aku describe mengenai hati ini... apa yang aku tulis 2 bukanlah berdasarkan kajian,, tapi berdasarkan pengalaman..(*_^)v.. memang sakit bila hati itu sakit..kadang-kadang orang takkan faham sebab dia tidak berada dalam keadaan kita..bak kata orang puteh,, you are not in my shoes... apa yang dapat aku bagitahu,, bila hati aku dah sakit dan terluka,, nak senyum pon susah..(-____-) ape yang pasti,, sampai bila-bila aku akan ingat kesakitannya.. aku ni bukanlah sensitif sangat,, tapi kalau sampai tiap-tiap hari hati aku disakiti,, lama-lama meletup la jugak...kadang-kadang tu sampai aku rasa nak lenyap je dari sini dan tak nak muncul sampai bila-bila..dan lupakan semuanya dan tak nak ingat ape-ape dah..kadang-kadang aku fikir nak buat je 'hati kering'..aku tak nak fikir pasal hati orang lain nak fikir pasal hati aku je,, tak nak jaga hati orang lain nak jaga hati aku je,, tapi... aku takut kalau aku buat macam tu orang lain akan sakit hati... jadi aku biar je hati aku terus terluka,, terluka,,terluka dan terluka lagi... sokey..!! luka la lagi..saya tak kisah..(*_^)v

heart!! nice to have,, nice to be yours.. but once broken,, consider for ever...