welcome

Thursday, October 28, 2010

..Sakitnya bila IMAN terlalu lemah...

من رأى منكم منكرًا فليغيره بيده، فمن لم يستطع فبلسانه، فمن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان

Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mencegahnya dengan tangan, siapa yang tidak mampu, cegahlah dengan lidahnya dan siapa tidak mampu dengan lidahnya, cegahlah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman .(Riwayat Muslim dari Abi Said Al-Khudri)

kenapa aku 'bold'kan ayat yang cegah dengan hati..?? sebab aku nak bgtau sungguh perit bila iman terlalu lemah.. sungguh sakit bila setiap kemungkaran hanya mampu aku cegah dengan hati..sungguh menyakitkan bila sifat شجاعه (keberanian) tiada dalam diri aku..
aku nk highlight kat sini, smua ni adalah mengenai diri aku.. ni blog aku,, so aku cakap pasal diri aku je.. xde kena-mengena dengan sape2..jgn silap tafsir ye.. semua ni skadar perkongsian antara aku n pembaca blog aku..
kembali pada cerita aku tadi...
memang terlalu pahit untuk aku telan semua kemungkaran yang berlaku depan mata aku tanpa aku mampu berbuat ape2.. aku nk cegah dgn kuasa,, aku xde kuasa,, aku nk cegah dengan lisan,, kekuatan itu yg aku belum ad.. jadi yang aku mampu hanya cegah dengan hati dan ia adalah selemah-lemah IMAN..
dua kesakitan yang aku alami bila aku hanya mampu cegahnya dengan hati (membenci segala kemungkaran yang dilakukan)..
kesakitan pertama :- bila aku hanya boleh tengok,, dengar n telan semua kemungkaran yang dilakukan..sungguh sakit kerana semakin lama diri ini semakin dipijak2 kerana aku tak mampu berbuat ape...
kesakitan yang kedua :- kesedaran bahawa betapa lemahnya IMAN aku.. sungguh sakit n menyakitkan..
sungguh menyeksakan bila aku terpaksa butakan mata,, pekakkan telinga dan matikan hati bila melihat semua kemungkaran yang berlaku dalam hidup aku..
استغفرالله
semoga Allah mengampunkan dosa aku dan dosa kita semua....ingat mati,, ingat sakit,, ingatlah saat kau sulit..
INGAT...INGAT...HIDUP CUMA SATU KALI....
berapa dosa kita buat,, buat kali maksiat..
INGAT..INGAT SAHABAT INGATLAH AKHIRAT...

No comments:

Post a Comment